Pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya berhenti menggunakan peranti penstriman tidak sah kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Hak Cipta.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mereka perlu mengelak dari menjadi mangsa pembelian agar tidak teraniaya dari sudut undang-undang.
